Pages

Monday, December 12, 2011

KALAKATAR



Bahan-bahannya.

3 cawan air kelapa muda -diambil daripada 1 biji kelapa muda)
3-4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
isi kelapa muda yang diambil daripada 1 biji kelapa (seeloknya yang lembut).
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan tepung beras

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celsius. Gunakan api atas dan bawah.
2. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga gula hancur.
3. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa berselang-seli sambil digaul menggunakan pemukul.
4. Masukkan garam dan kacau rata.
(saya masukkan bahan-bahan di atas mengikut turutan ke dlm blander. bland 1 kali ...selasai)

5. masukkan bahan ke dalam periuk, masak pada api perlahan sehingga bahan tadi pekat. sentiasa dikacau.
6. setelah pekat, sebelum di masukkan ke dalam loyang..masukkan isi kelapa dan kacau. tabur isi kelapa yang lebih di permukaan kalakatar setelah dimasukkan ke dalam loyang.
7. masukkan ke dalam oven Suhu spt di atas. Masak lebih kurang 1 jam atau sehingga kuih nampak keperangan di bahagian atas seperti di dalam gambar.
8. Setelah masak, keluarkan kuih dan sejukkan sebentar sebelum dipotong dan dihidang.
9. seelok-eloknya, untuk dimakan pada waktu petang. kuih perlu disediakan pada waktu pagi

** seperti loyang di atas, saya menyediakan bahan 2x daripada bahan yang diberikan di atas

No comments:

Post a Comment

Post a Comment