Pages

Saturday, August 21, 2010

MEE REBUS

Mee Rebus

  1. ½ kg udang kertas (kecil buat cucur tu)
  2. 4bj bawang besar
  3. 10-15 tangkai cili kering (ikut pedas nak)
  4. 1kg ubi keledek
  5. 4bj ubi kentang
  6. ½ kg daging.
  7. ½ cawan Kacang tanah digoreng tanpa minyak.
  8. ¼ cawan Bawang goreng
  9. 3-4sudu sos cili

Cara-cara:

Rebus udang , toskan udang yg sudah direbus dan bland halus. Air rebusan jgn dibuang. Masukkan ke dalam periuk besar. Tuang udang yg sudah di bland kedlm periuk yg sama. Langkah yg sama bagi ubi keledek dan kentang. Rebus dan bland. Pastikan air rebusan x dibuang yer…

Bwg besar, cili kering (rendam dengan air panas dulu) bland hancur dan masukkan ked lm periuk besar td.

Rebus daging, daging adalah sebagai hiasan.. setelah empuk, potong nipis daging tadi. Air rebusan jgn dibuang, masuk jg kedlm periuk yg sama.

Biarkan kuah mendidih, masukkan garam, aji atau gula ikut rasa lidah masing2. Masukkan cili sos ( bg lebih mencantikkan kuah)

Bland kacang tanah dan bawang goreng berasingan. Bland kering. Masukkan ke dalam kuah tadi. Pastikan tidak beketul. Biarkan mendidih dan kuah sedikit pekat.

Bahan hiasan::

  1. Tauhu goreng
  2. Telur rebus
  3. Bawang goreng
  4. Daun sup dan daun bawang
  5. Daging rebus
  6. Taugeh
  7. Cili merah potong

4 comments:

  1. memang menyelerakan sesekali buat mesti best

    ReplyDelete
  2. tak tumis ker bawang?

    ReplyDelete
  3. tak, bawang masuk last.. goreng bg garing / pakai bawang yg dah ready tu. bland..

    ReplyDelete
  4. suhailee johari. Boleh mencube. resepi dr abg ipar saya. dia buat berniaga. mmg ngam kuah dia ni. insyaAllah

    ReplyDelete